Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Menyantuni Golongan Asnaf di negeri Sabah

Seiring dengan Tahun Penyampaian Perkhidmatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberikan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk tujuan pendawaian semula kepada golongan asnaf di seluruh negeri Sabah. Program Pendawaian Semula Elektrik merupakan salah satu platform mengukuhkan lagi amalan perhubungan awam menerusi inisiatif CSR yang mana objektif utamanya adalah untuk memberi kesejahteraan kepada masyarakat menerusi aktiviti CSR  di mana manfaatnya dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat di kawasan terlibat.

Pada tahun ini, antara daerah yang terlibat adalah seperti Kota Belud, Pitas, Sepanggar, Sandakan (Sg Sibuga dan Batu Sapi), Ranau, Kota Marudu, Beaufort, Tuaran, Semporna dan Kudat di mana program CSR ini diberikan kepada kumpulan asnaf yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Penerima bantuan ini amat bersyukur atas bantuan yang diterima kerana dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan selesa serta selamat terutamanya selepas pendawaian semula elektrik di rumah mereka.


Salah satu lawatan kepada asnaf yang dijalankan di Kg. Samparita, Kota Marudu

 

Lawatan asnaf oleh anggota kerja SESB kepada Puan Saidah Basaih di Kg. Banjar, Keningau

 

Antara golongan asnaf yang telah menerima manfaat hasil program CSR TNB dengan kerjasama SESB