Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Penghuni Rumah Warga Tua, Air Panas Tawau diraikan oleh SESB sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Bersempena dengan kedatangan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba, SESB telah menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Rumah Warga Tua Air Panas, Tawau pada 15 Januari 2016. Dalam program ini, SESB telah menyumbangkan sebuah unit Peti Sejuk Cekap Tenaga bagi kegunaan harian mereka. Program CSR ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah Merangkap Adun N.58 Merotai. Pengarah Urusan SESB telah diwakili oleh Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Merangkap Pengerusi Jawatankuasa CSR SESB. Turut hadir adalah Puan Lisa Wan, Pengurus Besar Kewangan SESB dan eksekutif-eksekutif kanan SESB. Para penghuni berasa teruja dan gembira dengan kedatangan SESB meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bersama mereka. Dalam majlis tersebut juga, para penghuni rumah warga tua ini turut diberikan "goodies" dan juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa daripada Persatuan Hokkien Tawau.