Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Program Ceria Ke Sekolah (CKS) bantu pelajar kurang mampu

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Sabah Electricity Sabah Sdn. Bhd. (SESB) menyampaikan sumbangan kelengkapan asas persekolahan kepada 200 pelajar daripada 57 sekolah di sekitar Kota Belud melalui Program Ceria ke Sekolah. Program ini adalah kesinambungan Program Back to School yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 dan merupakan sebahagian daripada khidmat sosial korporat TNB dimana pelajar berusia antara 7 hingga 12 tahun menerima bantuan set kelengkapan persekolahan termasuk pakaian, tudung, kain, stokin, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

Pengurus Besar (Perancangan) SESB, Encik Ahmad Nassaruddin Kamaruzaman, berkata, pemilihan penerima adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat TNB, iaitu golongan asnaf dan golongan miskin tegar di bawah B40. Majlis penyerahan sumbangan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB ini telah disempurnakan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen P.169 Kota Belud. Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Encik Mohd. Fadzli Bin Hj. Abd. Rozan, Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB Puan Chendramata Haji Sinteh, dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kota Belud Encik Awang Buntar@Salleh Ombang.