Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Program Pencahayaan Pemasangan Lampu Jalan Rumah Anak Yatim & Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Membakut

Satu Majlis Kesyukuran telah dilangsungkan di Rumah Anak Yatim & Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan pada 12 Mei 2016 bagi memanjatkan rasa kesyukuran di atas pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan pejalan kaki madrasah tersebut. Jumlah keseluruhan tajaan pemasangan lampu jalan adalah berjumlah RM35,633.00. SESB sebagai sebuah badan korporat telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan begitu aktif sama ada dalam aspek pendidikan, alam sekitar mahupun keagamaan. Dalam majlis kesyukuran tersebut, YB Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.24 Membakut telah merasmikan majlis kesyukuran tersebut. Turut bersama-sama adalah Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat yang mewakili Pengarah Urusan SESB, YBhg. Datuk Haji Ghulam Hasan Bin Yacob Khan, Pengasas Rumah Anak Yatim & Tahfiz Datul Yatama Yacob Khan, Kg Mawao Membakut, ketua-ketua dan wakil agensi jabatan persekutuan dan negeri serta warga kerja SESB. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SESB yang sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial contohnya melalui program pencahayaan di sepanjang laluan pejalan kaki Rumah Anak Yatim & Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan sekali gus dapat memastikan keselamatan para pelajar terjamin terutamanya ketika berjalan kaki pada waktu malam.


YB Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.24 Membakut menekan suis sebagai simbolik perasmian Majlis Kesyukuran ini.

Sebilangan daripada warga penghuni Rumah Anak Yatim & Tahfiz Datul Yatama Yacob Khan, Kg Mawao Membakut

Bacaan doa sebagai tanda kesyukuran pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan pejalan kaki madrasah yang telah berjaya disiapkan.

Puan Wan Maria Othman Lee,Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat yang mewakili Pengarah Urusan SESB mendapat sijil penghargaan atas keprihatinan SESB dalam mencahayakan laluan pejalan kaki di sepanjang jalan Rumah Anak Yatim & Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan.