Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Rezeki anak - dua penerima bantuan rumah TNB/SESB bersyukur

Dua keluarga yang masing-masing menerima bantuan perumahan melalui Projek Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sama-sama berkongsi rasa kesyukuran atas bantuan yang diterima.

"Ini adalah rezeki anak-anak kami yang tidak pernah mengeluh walaupun tinggal di pondok kecil," kata Encik Samson Bin Tiga, penerima bantuan Projek Baiti Jannati bagi daerah Sipitang ketika ditemui pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah di Kampung Ulu Sipitang. Keluarga ini berpendapatan kurang dari RM1000 sebulan dan menduduki tanah rizab kampung atas ihsan Ketua Kampung. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin YB Datuk Dr. Yusof Bin Yacob.

Kegembiraan yang sama dikongsi Encik Jinister Leong bersama isteri dan dua orang anak ketika menerima kunci masuk ke rumah di Kampung Tinduuzon, Sugud Penampang. Isteri beliau berkata bantuan rumah tersebut adalah hadiah yang amat berharga kepada mereka sekeluarga. Perasmian dan penyerahan kunci kepada beliau sekeluarga dilakukan oleh Menteri Perdagangan & Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Penampang, YB Datuk Darell Leiking.

 

 Penyerahan Kunci Rumah kepada Encik Samson Bin Tiga dan keluarga di Kampung Ulu Sipitang, Sipitang

 

 Penyerahan Kunci Rumah kepada Encik Jinister Leong di Kampung Tinduuzon, Sugud Penampang