Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

SESB Anjur Program CSR di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Kawasan Sabah), Telipok

SESB sebagai sebuah syarikat utiliti tenaga sentiasa berusaha untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan. Justeru, sempena Perayaan Pesta Kaamatan yang hampir tiba, SESB telah menyumbangkan sebuah Pendingin Hawa Cekap Tenaga kepada Pertubuhan  Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Sabah (SBM) bagi memberikan keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada ahli pertubuhan dalam melaksanakan aktiviti harian. Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) SESB yang mewakili Pengarah Urusan SESB telah menyampaikan alat pendingin hawa tersebut kepada Pengerusi pertubuhan ini, Puan Mery Ringegon di majlis yang diadakan di Dewan Pertubuhan SBM. Alat pendingin hawa Cekap Tenaga yang disumbangkan ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di samping menggalakkan penggunaan barangan cekap tenaga dalam kalangan masyarakat.

Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat), Puan Wan Maria Othman Lee yang mewakili Pengarah Urusan menekan suis alat pendingin hawa sebagai simbolik penyerahan sumbangan pendingin hawa kepada Pertubuhan SBM.


Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) dan eksekutif kanan SESB dalam sesi ramah mesra menyerahkan "goodies" kepada ahli pertubuhan.


Puan Mery Ringgegon, Pengerusi Pertubuhan SBM menyerahkan cenderakenangan kepada Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) di atas keprihatinan pihak SESB membantu pertubuhan SBM.