SESB Anjur Program CSR kepada Warga Penghuni Rumah Bukit Harapan, Inanam

Program CSR SESB Sumbangan kepada penghuni Rumah Bukit Harapan, Inanam telah dijalankan pada 9 April 2016 yang lepas. Sumbangan kepada rumah kebajikan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Daniel Kinsik, Setiausaha Politik YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air. Program sumbangan ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Charity Golf yang telah dianjurkan bersempena dengan Hari Jadi YBM KeTTHA pada bulan Oktober 2015 yang lepas. Sumbangan berbentuk wang tunai ini telah diserahkan sendiri oleh YBhg. Datuk Daniel Kinsik, Setiausaha Politik YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air kepada Puan Audrah yang mewakili ibunya, Puan Anne Keyworth, Pengasas RUmah Bukit Harapan, Inanam. Puan Audrah mengucapkan terima kasih kepada YBM KeTTHA kerana telah memilih rumah ini sebagai penerima sumbangan. Rumah Bukit Harapan ini terdiri daripada seramai 42 orang penghuni yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), anak yatim serta golongan ibu tunggal dan terabai.

Dalam program ini, Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Merangkap Pengerusi Jawatankuasa CSR SESB telah hadir bagi mewakili Pengarah Urusan, Puan Lisa Wan (Pengurus Besar Kewangan) dan eksekutif-eksekutif kanan SESB. Warisan Harta Sdn. Bhd. juga telah bersama-sama hadir dan menyumbangkan wang tunai kepada rumah kebajikan ini bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh persatuan ini.

Penyerahan Replika Cek Sumbangan SESB oleh Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) kepada Puan Audrah disaksikan oleh YBhg. Datuk Daniel Kinsik, Setiausaha Politik YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Sebilangan kecil warga penghuni Rumah Bukit Harapan, Inanam


Wajah-wajah gembira warga penghuni menerima "goodies" daripada SESB.