SESB laksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Masjid Kg. Linau, Kota Belud

Komuniti Masjid Kg. Linau, Kota Belud telah menerima sumbangan daripada SESB berupa peralatan P.A System serta sejadah sebanyak 5 gulung. Program sumbangan ini telah dilaksanakan pada 8 November 2016 dalam satu majlis ringkas. Encik Jumat Mohd Sidek selaku Pengurus Kanan Hal Ehwal Undang-Undang telah mewakili Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Ia merupakan salah satu pendekatan SESB dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu komuniti di negeri Sabah khususnya agar dapat menjalankan program-program keagamaan dengan lebih lancar.

Penyampaian sumbangan ini telah diserahkan oleh Encik Jumat Mohd Sidek selaku Pengurus Kanan Hal Ehwal Undang-Undang telah mewakili Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) kepada Pengerusi merangkap Imam Masjid Kg. Linau, Tuan Hj. Maksul Manang dan disaksikan oleh YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN N.6 Tempasuk. Beliau dalam ucapan perasmiannya turut menyatakan bahawa sumbangan kepada masjid ini diharapkan dapat membantu dalam menyemarakkan lagi program-program keagamaan yang diadakan. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak SESB di atas usaha murni dan berharap agar program-program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tetamu Kehormat YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN N.6 Tempasuk bersama tetamu undangan yang turut hadir dalam program sumbangan SESB.

 

YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN N.6 Tempasuk memberikan ucapan perasmian

 

Encik Jumat Mohd Sidek selaku Pengurus Kanan Hal Ehwal Undang-Undang telah mewakili Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi merangkap Imam Masjid Kg. Linau, Tuan Hj. Maksul Manang dan disaksikan oleh YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN N.6 Tempasuk.

 

Bergambar kenangan bersama YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah Merangkap ADUN N.6 Tempasuk dengan anggota kerja SESB dan komuniti Masjid Kg. Linau, Kota Belud selepas selesai sesi penyerahan sumbangan.