Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

SESB Taja Pemasangan Papan Penanda Arah & Risalah Pendidikan di Lembah Kinabatangan

Majlis Perasmian Tajaan Papan Papan Penanda Arah & Risalah Pendidikan Kawasan Hidupan Liar Lembah Kinabatangan telah diadakan pada 18 Februari 2016 di Myne Resort, Kg Bilit Kinabatangan. Pihak SESB memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya yang merangkumi penjagaan alam sekitar serta habitat kepada flora dan fauna yang mempunyai pelbagai spesies unik di negeri Sabah. Pihak SESB telah menaja 123 papan penanda arah yang dipasang sekitar sanktuari serta 300 unit poster dan 6000 unit risalah sejumlah RM153,420.00. YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah merakamkan ucapan penghargaan kepada SESB yang sentiasa membantu kerajaan negeri mempromosi dan mendidik masyarakat mengenai kepentingan flora dan fauna di Sabah.

Antara matlamat utama sumbangan ini adalah seperti yang berikut :-

  • Mempromosikan kewujudan dan keindahan  lokasi sanktuari ini kepada masyarakat tempatan dan pelancong dalam dan luar Negara;
  • Meningkatkan kesedaran awam  terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam melindungi dan memelihara khazanah hidupan liar bumi Sabah;
  • Memberi kesedaran terhadap Kawasan larangan dan berisiko terutamanya kepada penduduk persekitaran yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan melarang aktiviti memburu binatang liar;
  • Mendidik orang awam mengenai tanggungjawap memelihara keharmonian persekitaran ;
  • Membantu Jabatan Hidupan Liar dalam menangani perbelanjaan kewangan untuk pembekalan papan tanda dan pencetakan risalah pendidikan.

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah sempena Majlis Perasmian Pemasangan Papan Penanda Arah & Risalah Pendidikan Lembah Kinabatangan


Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat mewakili Pengarah Urusan menyampaikan cenderakenangan kepada YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah

Sesi Bergambar bersama YB Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah, Puan Wan Maria Othman Lee, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat serta Ketua-ketua dan wakil jabatan kerajaan persekutuan dan negeri setelah selesai majlis.