SMK Batu Sapi dan Masjid Wassatiyah Sandakan Terima Sumbangan SESB

Batu Sapi, 18 April 2017 - SESB semakin giat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di negeri Sabah. Terdahulu, dalam satu majlis sumbangan yang diadakan di Dewan SMK Batu Sapi, Sandakan, YB Datuk Linda Tsen yang juga merupakan Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi telah menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan ini. Beliau telah menyerahkan sumbangan set komputer sumbangan ikhlas SESB kepada Pengetua sekolah, En. Suhaimi Matsah sebagai salah satu langkah supaya para pelajar boleh mengakses internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini yang banyak disediakan secara atas talian. Pihak Masjid Wassatiyah pula telah menerima sumbangan sebuah papan tanda yang telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Masjid, Ustaz Imran Osman.

Kira-kira 200 orang turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan ini antaranya En. Mohd Yusrul Yusof, Pengarah Suruhanjaya Tenaga (Pantai Timur), En. Zantapha Zainal Abidin, Pegawai Pembangunan Masyarakat mewakili YB Datuk Samsudin Yahya, ADUN N.43 Sekong, ahli pengurusan SESB serta para pelajar di SMK Batu Sapi Sandakan.


YB Datuk Linda Tsen ketika menyampaikan ucapan perasmian

 

Pengetua SMK Batu Sapi, Sandakan, En. Suhaimi Matsah menerima sumbangan daripada YB Datuk Linda Tsen

YB Datuk Linda Tsen, Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi bergambar kenangan bersama para pelajar sebaik selesai majlis penyerahan sumbangan