X
imgPolisi Pakatan Integriti Dan Ikrar Integriti Jawatankuasa

Polisi Pakatan Integriti Dan Ikrar Integriti Jawatankuasa

Polisi Pakatan Integriti Dan Ikrar Integriti Jawatankuasa

Tujuan polisi ini adalah untuk menyediakan panduan kepada penggunanya tentang prosedur yang sesuai apabila melaksanakan Pakatan Integriti dan pemberian tender perolehan dan pengurusan kontrak. Perolehan dan pengurusan kontrak sangat terdedah kepada risiko rasuah. Kebocoran berlaku pada semua peringkat perolehan dan pemberian kontrak termasuk pada peringkat sebelum reka bentuk kontrak, pemprosesan tender dan semasa tempoh kontrak itu sendiri. Pakatan Integriti menggalakkan operasi bebas rasuah dalam organisasi pemerolehan dan Pembekal Luarnya semasa pemberian dan pelaksanaan kontrak. Pelaksanaan Pakatan Integriti menyumbang kepada manfaat lain seperti ketelusan yang lebih tinggi dalam pemberian kontrak dan meningkatkan keyakinan serta kepercayaan orang ramai. Ikrar Integriti Jawatankuasa Tender menetapkan tingkah laku yang diharapkan daripada ahli jawatankuasa. Ikrar ini akan ditandatangani pada waktu bermulanya setiap mesyuarat jawatankuasa berkaitan tender oleh setiap ahli jawatankuasa yang hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Pakatan Integriti Dan Ikrar Integriti Jawatankuasa

To view the Polisi-Pakatan-Integriti-dan-Ikrar-Integriti-Jawatankuasa.pdf , please click here