X
imgPolisi Pemberian Maklumat

Polisi Pemberian Maklumat

Polisi Pemberian Maklumat

Polisi ini bertujuan untuk mewujudkan saluran pelaporan yang selamat dan sulit, memastikan perlindungan kepada identiti pemberi maklumat serta menyediakan garis panduan mengenai pengurusan laporan dengan cara yang berkesan. Ia bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan seseorang melaporkan dengan niat baik (good faith) atau berdasarkan kepada kepercayaannya yang munasabah bahawa adanya apa-apa cubaan perlakuan amalan salah atau kelakuan tidak wajar yang disyaki berlaku atau sebenarnya berlaku berhubung dengan operasi dan pengurusan SESB melalui saluran aduan yang telah disediakan. Pihak luar juga boleh melaporkan sebarang amalan salah atau kelakuan tidak wajar berkaitan warga kerja syarikat. Perlindungan identiti akan diberikan kepada semua pihak yang membuat laporan dengan niat baik. SESB mengambil serius terhadap Polisi Pemberian Maklumat ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku sebarang pelanggaran.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Pemberian Maklumat

To view the Polisi-Pemberian-Maklumat.pdf , please click here